TAHNIAH !!!
Atas kejayaan mencapai BAND 1 pada tahun 2012 iaitu kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan TERBAIK di Kerian dan berada di kedudukan ke-3 bagi Sekolah-Sekolah Rendah di Daerah Kerian!
Kami berjanji akan terus mengekalkan pencapaian ini pada masa yang akan datang!
Daripada: Pengurusan Sekolah
SJKT LSB
Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2013
Pihak sekolah mengucapkan Salam Dewali kepada semua warga pendidik dan kakitangan yang beragama Hindu. Selamat Menyambut Deepavali!
Daripada: Unit Media & ICT
SJKT LSB
----------------------------------------------------------------
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI:
Diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
* sila klik pada gambar untuk besarkan
----------------------------------------------------------------